Thursday, 15 November 2012

Pendidikan Islam Tahun Dua Pend Khas

kusalehah6670.blogspot.com


     PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 KELAS PEND. KHAS SEK.KEB.KELIBANG

 Nama Ku Salehah Ku Md Salleh

           Nombor Matrik:D20112052545


 













Tambah kapsyen

 

Wednesday, 14 November 2012










Rancangan Pengajaran Harian


Tahun 2 Pend Khas

Bil.Pelajar 6 orang

Tajuk Adab dan Akhlak

Masa 30 minit

Tunjang Utama Kerohanian, Sikap dan Nilai

Standard Kandungan 1.1 Adab dalam kehidupan seharian

Standard Pembelajaran 1.1.2 Adab dengan guru

I .Adab dengan guru

Tunjang yang disepadukan: Bahasa , Kreativiti dan Seni, Komunikasi

Objektif Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut

dua ucapan bertatasusila kepada guru.

Nilai Bertanggungjawab dan hormat menghormati .
Langkah
      Aktiviti
 
Bbm
Catatan
Set Induksi
5 minit
1.Murid melihat tayangan gambar Upin dan
Ipin memberi ucapan”Selamat Pagi Cikgu” semasa guru sedang mengajar.
 
2.Bersoal jawab tentang apa yang dilihat.
Soalan Guru
 
Apakah yang dibuat oleh Ipin dan Upin semasa guru masuk ke dalam kela?
 
Apakah yang perlu dibuat semasa guru masuk ke dalam kelas?
 
Apakah ucapan lain yang yang boleh diucapkan oleh pelajar semasa guru masuk
ke kelas?
 
 
Laptop
EMK-Teknologi Maklumat &
Komunikasi
 
Langkah
    1
 
8 minit
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1.Murid diberi penerangan mengenai ucapan bertatasusila yang perlu dilakukan oleh murid apabila guru masuk ke kelas, keluar dari kelas dan semasa berjumpa dengan guru.
 
a.Memberi salam bagi guru yang beragama Islam
 
b.Memberi ucapan selamat bagi yang bukan yang beragama Islam, seperti beragama Budha, Hindu dan beragama Kristian
 
c.Ucapan terima kasih.
 
 
Kad perkataan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Langkah
   2
6 minit
1.Murid melihat kad perkataan ucapan  bertatasusila.
 
2.Murid menyebut ucapan yang tertera pada kad perkataan.
 
3.Latih tubi menyebut ucapan salam ucapan selamat sejahtera, selamat pagi,minta maaf, dengan bimbingan guru.
 
4.Mewarna perkataan Assalamualaikum
 
Kad perkataan
 
 
 
 
 
 
 
Lembaran kerja
 
Langkah
   3
   6minit
Aktiviti lakonan untuk watak guru dan murid
 
1.Seorang murid diminta melakonkan sebagai seorang guru.dan yang lain sebagai murid.
 
2.Murid mengucapkan ucapan Salam dan Selamat Pagi semasa guru masuk ke kelas.
 
3.Mengucapkan ucapan Terima Kasih semasa guru keluar dari kelas.
 
 4.Guru menerangkan kepada murid-murid, murid mestilah mengucap salam apabila bertemu dengan guru di kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
 
5.Mewarna perkataan  Selamat Sejahtera
 
.
Kad perkataan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lembaran kerja
 
 
Penutup
 
5minit
 
 
 
 
 
 
 
Guru meminta murid menyebut kembali ucapan bertatasusila yang perlu diucapkan kepada guru seperti Assalamualaikum,
Selamat Sejahtera, Terima Kasih, Selamat Pagi dan Minta Maaf.
 
 
 
 
Guru menerangkan kepada murid-murid, jika ada murid melakukan kesalahan murid perlu minta maaf kepada guru.
 
Guru menerangkan kebaikkan hormat kepada guru, dan menerangkan ganjaran yang akan diperolehi diakhirat kelak orang yang hormat kepada guru.
 
Guru dan murid -murid bersoaljawab dan membuat peneguhan mengenai tajuk yang dipelajari.
 
 
 
 
 
 


Soalan Latihan:

Isikan jawapan yang betul di tempat kosong.

salam /  hormat /   kasar /  pahala / maaf


1.Murid-murid perlu _________kepada guru.

2.Jangan bercakap __________ dengan guru.

3.Bila berjumpa guru ucapkan_________.

4.Apabila murid melakukan kesalahan mohonlah ___________.

5.Allah akan memberi ganjaran _________kepada orang yang hormat dan suka menolong  guru.

Tuliskan (betul) atau ( salah)  pada penyataan yang diberikan.

1.Memberi salam ketika hendak masuk kelas(_______ )

2.Mendoakan kesejahteraan guru (_______ )

3.Bercakap bohong dengan guru ( _______)

4.Membuat bising ketika guru masuk ke kelas ( ______ )

5.Dengar nasihat dan teguran guru ( _______ )


ADAB MURID TERHADAP GURU MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
 

1.Mendahulukan salam kepada guru & bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan ikut jantina.

2.Jangan banyak bercakap dihadapan guru.

3.Jangan bercakap jikalau tidak bertanya.

4.Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

5.Jangan menyangkal kata-kata guru. 

6.Jangan mengumpat pelajar lain.

7.Jangan berbisik dihadapan guru.

8.Jangan berpaling kiri & kanan.

9.Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

10.Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar & masuk )

11.Dengar dengan khusyuk ilmu yang sampaikan walaupun diulang 1000 kali.

12.Rujuk guru dalam memilih ilmu. 

13.Jangan duduk ditempat guru.

14.Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat.

15.Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
 
16.Sentiasa mendapat keredhaannya & jauhkan kemungkarannya.

17.Muliakan anak-anak guru.

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.
 








Dalam Islam, bidang perguruan merupakan profesyen yang amat mulia. Seseorang individu yang bergelar guru bukanlah semata-mata sekadar tenaga pengajar kepada muridnya, tetapi ia merangkumi juga peranan sebagai seorang pendidik. Oleh yang demikian itu, Islam menekankan seseorang guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan seimbang dengan pembentukan akhlak peribadinya. Dengan ini bermakna seseorang guru bukanlah hanya mengajarkan ilmu pengetahuannya, malah ia berperanan dalam membentuk watak dan peribadi anak didiknya dengan akhlak dan ajaran Islam.
Pada masa yang sama individu yang bergelar murid atau pelajar seharusnya mempunyai sikap positif terhadap guru dengan mengamalkan adab-adab yang baik. Selain ibu bapa, guru adalah pendidik kedua di sekolah dengan mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan contoh teladan yang baik. Oleh sebab itu, seseorang murid wajib menghormati gurunya selari dengan ajaran-ajaran Islam.
Kewajipan murid menghormati gurunya amat ditekankan dalam Islam melalui pengamalan adab-adab terhadapnya seperti membantu guru, bercakap dengan lemah lembut dan sebagainya lagi. Seseorang murid akan mencapai keberkatan sekiranya menghormati dan mentaati guru. Selain memperolehi ganjaran di sisi Alah Ta‘ala, mereka juga akan memiliki kejayaan dalam kehidupan pada masa yang akan datang.