Rancangan Pengajaran Harian
Tahun 2 Pend Khas
Bil.Pelajar 6 orang
Tajuk Adab dan Akhlak
Masa 30 minit
Tunjang Utama Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan 1.1 Adab dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran 1.1.2 Adab dengan guru
I .Adab dengan guru
Tunjang yang disepadukan: Bahasa , Kreativiti dan Seni, Komunikasi
Objektif Pada akhir pelajaran murid dapat menyebut
dua ucapan bertatasusila kepada guru.
Nilai Bertanggungjawab dan hormat menghormati .
Langkah
|
Aktiviti
|
Bbm
|
Catatan
|
Set Induksi
5 minit
|
1.Murid melihat tayangan gambar Upin dan
Ipin memberi ucapan”Selamat Pagi Cikgu” semasa guru
sedang mengajar.
2.Bersoal jawab tentang apa yang dilihat.
Soalan Guru
Apakah yang dibuat oleh Ipin dan Upin semasa guru
masuk ke dalam kela?
Apakah yang perlu dibuat semasa guru masuk ke dalam
kelas?
Apakah ucapan lain yang yang boleh diucapkan oleh
pelajar semasa guru masuk
ke kelas?
|
Laptop
|
EMK-Teknologi Maklumat &
Komunikasi
|
Langkah
1
8 minit
|
1.Murid diberi penerangan mengenai ucapan
bertatasusila yang perlu dilakukan oleh murid apabila guru masuk ke kelas,
keluar dari kelas dan semasa berjumpa dengan guru.
a.Memberi salam bagi guru yang beragama Islam
b.Memberi ucapan selamat bagi yang bukan yang
beragama Islam, seperti beragama Budha, Hindu dan beragama Kristian
c.Ucapan terima kasih.
|
Kad perkataan
|
|
Langkah
2
6 minit
|
1.Murid melihat kad perkataan ucapan bertatasusila.
2.Murid menyebut ucapan yang tertera pada kad
perkataan.
3.Latih tubi menyebut ucapan salam ucapan selamat
sejahtera, selamat pagi,minta maaf, dengan bimbingan guru.
4.Mewarna perkataan Assalamualaikum
|
Kad perkataan
Lembaran kerja
|
|
Langkah
3
6minit
|
Aktiviti lakonan untuk watak guru dan murid
1.Seorang murid diminta melakonkan sebagai seorang
guru.dan yang lain sebagai murid.
2.Murid mengucapkan ucapan Salam dan Selamat Pagi
semasa guru masuk ke kelas.
3.Mengucapkan ucapan Terima Kasih semasa guru keluar
dari kelas.
4.Guru
menerangkan kepada murid-murid, murid mestilah mengucap salam apabila bertemu
dengan guru di kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
5.Mewarna perkataan
Selamat Sejahtera
.
|
Kad perkataan
Lembaran kerja
|
|
Penutup
5minit
|
Guru meminta murid menyebut kembali ucapan
bertatasusila yang perlu diucapkan kepada guru seperti Assalamualaikum,
Selamat Sejahtera, Terima Kasih, Selamat Pagi dan
Minta Maaf.
Guru menerangkan kepada murid-murid, jika ada murid
melakukan kesalahan murid perlu minta maaf kepada guru.
Guru menerangkan kebaikkan hormat kepada guru, dan
menerangkan ganjaran yang akan diperolehi diakhirat kelak orang yang hormat
kepada guru.
Guru dan murid -murid bersoaljawab dan membuat peneguhan
mengenai tajuk yang dipelajari.
|
Soalan Latihan:
Isikan jawapan yang betul di tempat kosong.
salam / hormat / kasar / pahala / maaf
1.Murid-murid perlu _________kepada guru.
2.Jangan bercakap __________ dengan guru.
3.Bila berjumpa guru ucapkan_________.
4.Apabila murid melakukan kesalahan mohonlah ___________.
5.Allah akan memberi ganjaran _________kepada orang yang hormat dan suka menolong guru.
Tuliskan (betul) atau ( salah) pada penyataan yang diberikan.
1.Memberi salam ketika hendak masuk kelas(_______ )
2.Mendoakan kesejahteraan guru (_______ )
3.Bercakap bohong dengan guru ( _______)
4.Membuat bising ketika guru masuk ke kelas ( ______ )
5.Dengar nasihat dan teguran guru ( _______ )
ADAB MURID TERHADAP GURU MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
1.Mendahulukan salam kepada
guru & bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan ikut
jantina.
2.Jangan banyak bercakap
dihadapan guru.
3.Jangan bercakap jikalau
tidak bertanya.
4.Jangan bertanya melainkan
jikalau diarah oleh guru.
5.Jangan menyangkal kata-kata
guru.
6.Jangan mengumpat pelajar
lain.
7.Jangan berbisik dihadapan
guru.
8.Jangan berpaling kiri &
kanan.
9.Jangan menyoal semasa guru
kepenatan.
10.Berdiri apabila guru bangun
(ketika guru keluar & masuk )
11.Dengar dengan khusyuk ilmu
yang sampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12.Rujuk guru dalam memilih
ilmu.
13.Jangan duduk ditempat guru.
14.Jangan berjalan dihadapan
guru kecuali darurat.
15.Jangan ketuk pintu berulang
kali sehingga guru keluar menemuinya.
17.Muliakan anak-anak guru.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang
membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru siapalah kita
pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu
semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah
dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya.
Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun
mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan
yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh
sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman
Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
"Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari,
sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang
badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada
memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam
anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah,
maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi
tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi
badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara
menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu
tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab
fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan
membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup
umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing
untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu
menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang
apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya
bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku
itu" Begitulah ceritanya.
Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat
menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati
dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru
malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat
bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata,
"Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan
kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang
terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita
yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah
diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat
guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan
mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang
pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar
yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan
mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan
nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan
panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib
berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu
mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak
menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang
menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz
atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap
dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah
merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk
berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan
ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan
penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka
bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan
guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan
diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur
ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah
seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai
suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu
'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita
mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah
mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka
begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua
termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.
Dalam Islam, bidang perguruan merupakan profesyen
yang amat mulia. Seseorang individu yang bergelar guru bukanlah semata-mata
sekadar tenaga pengajar kepada muridnya, tetapi ia merangkumi juga peranan
sebagai seorang pendidik. Oleh yang demikian itu, Islam menekankan seseorang
guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan seimbang dengan pembentukan
akhlak peribadinya. Dengan ini bermakna seseorang guru bukanlah hanya
mengajarkan ilmu pengetahuannya, malah ia berperanan dalam membentuk watak dan
peribadi anak didiknya dengan akhlak dan ajaran Islam.
Pada masa yang sama individu yang bergelar murid
atau pelajar seharusnya mempunyai sikap positif terhadap guru dengan
mengamalkan adab-adab yang baik. Selain ibu bapa, guru adalah pendidik kedua di
sekolah dengan mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan contoh teladan yang
baik. Oleh sebab itu, seseorang murid wajib menghormati gurunya selari dengan
ajaran-ajaran Islam.
Kewajipan murid menghormati gurunya amat ditekankan
dalam Islam melalui pengamalan adab-adab terhadapnya seperti membantu guru,
bercakap dengan lemah lembut dan sebagainya lagi. Seseorang murid akan mencapai
keberkatan sekiranya menghormati dan mentaati guru. Selain memperolehi ganjaran
di sisi Alah Ta‘ala, mereka juga akan memiliki kejayaan dalam kehidupan pada
masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment